Tugasan Reruang 6 Rumusan 3 Buah Novel


Nama  : Mohd Sazwan bin Ahmad
No.Matrik : A141811
Tajuk Kursus : Reruang dan Pembangunan
Kod Kursus : SKAD1273
Tajuk Tugasan : Rumusan Novel

The Production Of Space

       Akibat daripada sesuatu keadaan atau ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan  tersebut harus dipenuhi.



The Death and Life Of Great American Cities
    Penulis dari "The Death and Life Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan , pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan prestasi bandar.

        Dari segi kepelbagaian, Bandar yang baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.

     Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan sebagainya.

     Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk. Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan kawasan lain.


The Images Of The Cities
             Buku “The image of the city” merupakan sebuah buku hasil karya seorang pengkaji iaitu Prof.Kevin Lynch. Prof.Kevin Lynch telah melakukan sebuah kajian terhadap apa yang diserap secara mental oleh orang-orang dan realitas fisik sebuah bandar. Hasil kajiannya ini disediakan dalam bentuk buku yang bertajuk “The image of the city”.
      Secara garis besar Prof.Kevin Lynch telah mengumpulkan lima elemen pokok atau dasar yang oleh digunakan oleh seseorang untuk memberi gambaran mental mereka terhadap sebuah bandar. Antara eleman yang ditemukan iaitu Pathways (Laluan). Laluan adalah jalur-jalur sirkulasi yang digunakan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan. Setiap tempat mempunyai jaringan jalur utama dan jaringan jalur minor. Jaringan jalan raya kota adalah jaringan pathways untuk keseluruhan kota. Disamping itu, elemen kedua ialah Districts (Daerah). Sebuah bandar terdiri dari berbagai lingkungan bahagiannya atau disebut districts iaitu pusat kota , uptown, midtown, daerah perumahan, daerah industry dan sebagainya. Selalunya lingkungan ini berbeza dari segi bentuk dan luasnya. Dan selalunya Bandar-bandar ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Elemen ketiga pula ialah Edges (Pinggiran)Edges merupakan pinggiran dari sebuah districts atau batas-batas districts antara districtsyang satu dengan yang lainnya. Selain itu,aspek keempat ialah Building(Mercu Tanda)Building yang dimaksudkan disini adalah bangunan-bangunan yang secara visual menonjol dan menjadi tumpuan dalam Bandar. Setiap orang boleh melihat mercutanda tersebut dan tertumpu kepada kawasan tersebut. Elemen yang terakhir iaitu elemen kelima ialah Nodes. Nodes adalah pusat aktiviti setiap orang, setiap pergerakan untuk ke sesuatu kawasan daripada titik permulaan seseorang itu bergerak akan dipanggil nod. Di dalam perjalanan tersebut akan terdapat beberapa hentian.

No comments:

Post a Comment