kau yang terindah |
Ukhti aku cemburu padamu..
Saat kau marah kau mampu memadamkan amarahmu..
Dan kau memilih menyimpannya daripada meluapkannya..
Padahal ku tahu saat itu hatimu sedang terluka..
Ukhti aku cemburu padamu..
Saat mereka jalan-jalan, kau habiskan waktumu untuk hal yang berguna..
Kau tak hiraukan ajakan mereka dan kau sibukkan dirimu dengan cinta ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan cinta Rasulullah SAW.
Ukhti aku cemburu padamu..
Ketika mereka berkata dengan emosi yang meledak-meledak dengan nada ancaman dan kasar..
Tetapi kau membalas dengan penuh kasih sayang..
Kau tetap menjalinkan persahabatan dan pertemanan..
Ukhti aku cemburu padamu..
Setiap hari kau panjangkan jilbabmu..
Kau tebarkan senyum semangatmu..
Padahal kau tahu saat itu mereka berbisik-bisik tentang perubahanmu itu..
Ukhti aku cemburu padamu..
Aku cemburu dengan diammu..
Dengan tunduknya pandanganmu saat kau berhadapan dengan yang bukan muhrimmu..
Kau hanya bicara seperlunya saja..
Kerana takutmu pada fitnah dunia..
Ukhti aku cemburu padamu..
Disaat mereka semua sibuk ber-sms dengan canda dan perhatian..
Tapi kau dengan tegas tidak memperdulikannya..
Kera kau percaya jodoh itu ada pada_Nya..
Tanpa sms juga jodoh pasti akan datang..
Kerana kau tahu cinta seharusnya datang daripada ALLAH..
Bukan kerana bersms..
Ukhti aku cemburu padamu..
Aku cemburu dengan keta’atanmu pada Rabb kita..
Aku cemburu saat kau bisa melakukan hal yang DIA senangi dan meninggalkan segala hal yang DIA benci..
Ukhti sungguh aku cemburu padamu..
Rabbi pasti sangat menyayangimu ukhtii..
IA pasti sangat mencintaimu..
Kerana keta’atanmu pada_Nya..
Ukhti..
Darimu aku telah banyak belajar erti hidup..
tentang hidup..
Kerana kepuasan hidup bukan didapat disaat segala hal yang kita ingin bisa terpenuhi, tapi tentang kepuasan saat kita boleh melawan dengan bisikan-bisikan syaitan..
No comments:
Post a Comment