Nama : Mohd Sazwan bin Ahmad
No.Matrik : A141811
Tajuk Kursus : Reruang dan Pembangunan
Tajuk Tugasan : Analisis Kualitatif (Kod Aksial & Kod Terbuka)
PENGENALAN
ANALISIS KUALITATIF
Analisis kualitatif merupakan satu analisis yang mempunyai dua kod yang perlu dianalisis dengan lebih terperinci. Analisis ini diambil dan diperolehi daripada salinan transkrip perbualan penemubual dengan responden. Dua kod yang terdapat dalam analisis ini ialah kod aksial dan kod terbuka.
Kod aksial merupakan kod yang mempunyai elemen-elemen utama yang terdapat didalam transkrip yang telah ditulis. Kod ini juga merujuk kepada elemen yang sentiasa dan kerap disebut oleh responden semasa temubual dijalankan. Elemen-elemem ini telah direkod menggunakan perakam suara dan seterusnya akan dipindahkan kepada bentuk transkrip atau teks untuk memudahkan mendapatkan elemen-elemen dalam setiap kod. Elemem- elemen ini juga merupakan elemen yang banyak berlaku dalam diri responden sehingga kerap disebut didalam perbualan yang dijalankan.
Kod yang kedua pula ialah kod terbuka. Kod terbuka merupakan kod yang mempunyai elemen-elemem yang turut disebut oleh responden. Namun begitu,kod ini hanyalah kod tambahan atau kod sampingan daripada kod aksial atau kod utama. Walaubagaimanapun, kod ini masih mempunyai kaitan dan saling berkait dengan kod aksial dalam satu perbualan yang dijalankan.
KOD AKSIAL
Melalui hasil temuramah saya bersama respondan iaitu Puan Salbiah, terdapat beberapa elemen yang sering disebut oleh respondan dalam perbualan yang dilakukan. Elemen inilah yang menunjukkan terdapatnya kod aksial dalam temuramah yang dijalankan. Antara elemen yang dinyatakan oleh respondan iaitu elemen yang sentiasa disebut ialah sekolah, rumah, jalan, perkauman dan bola.
Elemen pertama yang disebut oleh respondan dalam perbualannya ialah rumah. Respondan banyak menceritakan juga mengenai rumah beliau dan rumah penduduk di kawasan kejadian. Sebanyak 5 kali elemen ini telah disebut oleh respondan. Semasa kejadian, elemen ini banyak disebut kerana ia berperanan sebagai tempat perlindungan semasa kerajaan mengistiharkan perintah berkurung kerana keadaan yang semakin darurat.
Elemen kedua pula ialah perkauman. Elemen ini kerap disebut sebanyak 4 kali oleh respondan yang mana telah menceritakan bagaimana berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei. Setiap kaum sudah tidak mempunyai persefahaman. Setiap kaum tidak bersatu dan hanya tertumpu kepada kaum mereka sahaja. Orang ramai juga semakin takut untuk bebas keluar masuk kawasan kerana ada yang anti perkauman.
Elemen seterusnya ialah takut. Elemen ini telah menunjukkan perasaan takut respondan semasa kejadian 13 mei. Beliau takut untuk keluar rumah dan pergi ke sesuatu tempat. Elemen takut ini juga telah difokuskan kepada perasaan takut masyarakat di sekitar kejadian. Mereka berasa takut untuk melakukan pelbagai aktiviti dan budak-budak tidak berani untuk pergi ke sekolah. Dalam elemen ini, kekerapan respondan menyebut elemen ini sebanyak 12 kali.
Elemen keempat iaitu elemen bebas. Elemen ini kerap disebut oleh respondan iaitu sebanyak 6 kali. Elemen ini telah menyatakan bahawa kebebasan masyarakat pada masa itu sudah tidak ada lagi. Mereka sukar untuk menjalankan aktiviti dan diperintah untuk berada didalam rumah sahaja. Tambahan lagi, waktu kerja juga telah disingkatkan kerana masalah ini yang semakin membimbangkan pada masa itu.
Elemen terakhir iaitu elemen sekolah. Elemen sekolah juga kerap disebut oleh respondan. Hal ini kerana kemungkinan banyak kejadian berlaku di sekolah. Kekerapan respondan dalam menyebut perkataan sekolah adalah sebanyak 2 kali. Elemen sekolah ini banyak memfokuskan mengenai keadaan disekolah semasa peristiwa 13 mei. Sekolah – sekolah ditutup dan sistem pembelajaran terganggu kerana banyak berlakunya rusuhan kaum.
KOD TERBUKA
Selain kod aksial, terdapat juga beberapa kod terbuka di dalam analisis kualitatif ini. Kod terbuka merupakan suatu elemen yang berperanan didalam perbualan respondan sebagai elemen tambahan atau elemen sokongan. Elemen ini tidak begitu penting didalam perbualan namun telah disebut oleh respondan. Antara elemen-elemen yang terdapat didalam kod terbuka yang telah dikenalpasti dan ialah elemen penceritaan tembak dan pembukaan kampung.
Elemen pertama dalam kod terbuka ialah tembak. Elemen ini teleh disebut oleh respondan sebanyak 2 kali. Elemen ini telah menyatakan bahawa askar – askar daripada Sabah dan Sarawak datang ke semenanjung dan memakai tembak. Disamping itu, elemen ini juga disebut kerana semasa rusuhan ini terdapat seorang kenalan daripada suami respondan telah ditembak mati kerana melanggar arahan perintah berkurung.
Elemen kedua bagi kod ini ialah pembukaan kampung. Respondan telah menceritakan mengenai pembukaan kampung iaitu Kampung baru. Beliau telah menceritakan bahawa orang – orang tempatan yang lama telah membuka kampung itu. Kekerapan elemen ini disebut ialah sebanyak 2 kali.
BUKTI – BUKTI ELEMEN DALAM KOD AKSIAL DAN KOD TERBUKA
KOD AKSIAL
· RUMAH
ü Semualah cahaya apa tu bakar,bila dorang bakar rumah-rumah tepi-tepi jalan itu,api keliling kawasan kita itu,api keluar.
ü Habis tu apa... ni.... rumah-rumah banyak terbakar,orang pun banyak juga terkorban tapi kerajaan tiada cakap apa-apalah. Takut orang lebih takutkan.
ü Kita rasa macam apa ni.. tak pernah terjadi tapi dah terjadi tu dia macam kita rasa bimbang saja mahu keluar rumah, bimbang mahu jalan, bimbang mahu cepat pulang
ü Polis di merata-rata kawasan. Takut terjadkan...dorang kerahkan semua orang masuk rumah.
ü Kita pun jam10 kita tak boleh keluar rumah lagi. Tak bebas lagi keluar. Ke sana kemarikan..
· PERKAUMAN
ü Pergaduhan tu berpanjanganlah. Mereka berkumpul,berarak lepastu disepanjang jalan. Ermmm.. ada yang (heheh...) mengeluarkan kata-kata yang tidak okelah macam anti perkaumanlah.
ü Ancaman dari semua kaumlah
ü Bakar sana bakar sini, keliling kawasan kitala. Perarakan oleh macam-macam perkaumanlah ada bersilat ada berlilit merah semua dipakai.
ü Hah dia 13 mei, semua orang takut sebab anti perkauman jadi kerajaan ini dah tak nak pasal bergaduh inilah, dalam 1 negarakan semua anti perkauman lagi.
· TAKUT
ü Takut nanti ada pergaduhan
ü Habis tu apa... ni.... rumah-rumah banyak terbakar,orang pun banyak juga terkorban tapi kerajaan tiada cakap apa-apalah. Takut orang lebih takutkan.
ü Kalau biasa tu 24jam kita boleh pergi kemana-mana lagi. Apa ni.... apa... kita rasa terganggulah keluar sebab takut ada pergaduhan lagi.
ü Hah dia 13 mei, semua orang takut sebab anti perkauman jadi kerajaan ini dah tak nak pasal bergaduh inilah, dalam 1 negarakan semua anti perkauman lagi.
ü Ada bakar-bakar, jadi macam suasana tu menakutkan rakyat lah.
ü Hah! Kita rasa takut, kita mahu keluar pun takut juga sepanjang masa. Sebab pergaduhan tu menakutkan semua oranglah.
ü Ada yang kena tembak, ada yang keluar tu... arrrr... mang takutlah. Banyak askar dari sabah dan Sarawak ada datang yang pakai tembak
ü Hah... takut kita ada senjata api ada yang gunakan parang.
ü Memang… errrmm.. menjejaskan. Hah.. jadi kita rasa ketakutan.
ü Kita rasa tak bebas kita tengok orang berkumpul jak kita rasa ketakutan
ü Ke sana ke mari pun kita rasa tak bebas. Sebab takut bergaduhkan. Kan…
ü Ni yang mati semua tu masa kejadian 13 mei memang sangat menakutkanlah. Yang malam orang rasa ketakutan. Makanan pun dicatu
· BEBAS
ü Apa tu, tak tenang keluarlah 24 jam tu hah... mcm mati-mati kita macam di...... di...... distop di berhentikan kita mau bebas ke mana-mana tu
ü Hah itulah... Mak Long rasa macam tidak tenanglah, macam kita rasa macam mahu keluarpun macam rasa tidak bebas
ü Kita rasa tak bebaslah... hah... dorang buat rusuhan, berkumpul untuk rusuhan.
ü Kita rasa tak bebas kita tengok orang berkumpul jak kita rasa ketakutan.
ü Ke sana ke mari pun kita rasa tak bebas. Sebab takut bergaduhkan. Kan…
ü Kita pun jam10 kita tak boleh keluar rumah lagi. Tak bebas lagi keluar. Ke sana kemarikan..
· SEKOLAH
ü Macam tak sangkalah di KL jadi macam tu. Dulukan elok,tenang,sekolah-sekolah semua tutup. Apa..jabatan-jabatan kerajaan semua orang kalau keluar itu kalau jam12 tu dah disuruh pulang semua.
ü Banyak sekolah-sekolah juga ditutup, kan jadi memang sangat merugikan lah
KOD TERBUKA
· TEMBAK
ü Ada yang kena tembak, ada yang keluar tu... arrrr... mang takutlah. Banyak askar dari sabah dan Sarawak ada datang yang pakai tembak.
ü Ada saudara kenalan datuk pun kena tembak. Masih bujang lagi. Perintah larangan sudah ditutup dia keluar, hah dia kena tembak masa tu dia masih bujang lagi.
· PEMBUKAAN KAMPUNG
ü Sudah wujud sampai 300 tahun daripada datuk nenek moyang masa Kuala Lumpur kampung tu dibukalah.
ü KL dibuka kampung tu wujud. Orang-orang kita yang buka.
KESIMPULAN
Oleh itu, daripada hasil kajian saya iaitu temuramah respondan, sememangnya dalam analisis kualitatif ini terdapat dua kod iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial yang disebut atau dinyatakan oleh respondan hasil daripada perbualan yang dijalankan menunjukkan terdapat lima elemen utama iaitu rumah, perkauman, takut, bebas dan sekolah. Elemen ini merupakan elemen utama dalam perbualan yang dilakukan iaitu mengenai peristiwa 13 mei.
Disamping itu, dalam kod terbuka pula, terdapat dua sahaja elemen yang menjadi tambahan dalam perbualan yang dilakukan. Antara elemen yang dinyatakan ialah tembak dan juga pembukaan kampung. Walaupun elemen ini dikatakan sebagai elemen tambahan namun ia masih mempunyai sedikit kaitan dalam peristiwa yang dibincangkan.
No comments:
Post a Comment