Tuesday 10 December 2013

Assalamualaikum w.b.t... 

hurm.. ini perkara aku xsuka..mesti ada orang kaitkan aku dengan siapa2.. dah lah aku xsuka dikaitkan..xboleh kah aku berkawan ma perempuan? napa orang lain xpula dikaitkan.. kalau aku dikaitkan kalau berkawan dengan perempuan.. hati kering tul dah ke? 

Peduli mereka lah yang penting aku tahu apa aku buat.. mahu ckp aku dengan c itu c ini ckp ja lah... penat dah aku nak tidakkan.. pandai juga senyap t tu kalau perkara tu mereka rasa xbetul.. orang lain rapat2 sampai pegang2 xpula dihebohkan..aku yg rapat hanya untuk berkawan bising pula.. mahu dicakap hot stuff xjuga.. xtau lah apa kejadah nya dah.. hurm... :3 

Satu jak lah niatku disini..aku xsuka marah2 orang dah..aku mo rapat ma semua orang..laki wanita sama sahaja.. aku ingin manfaatkan masaku setahun setgh disini ma sahabat2 ku sebelum aku kembali ke tempat asalku.. tapi kalau begini yang mereka lakukan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK... ckup sampai disini persahabatan kita.. aku lebih rela tidak ada sahabat dari sahabat yang burukkan aku dan cakap2 dibelakangku... :')

Tuesday 3 December 2013

Kecik Kecik Besar Besar... haha

Assalamualaikum w.b.t .....

hye!!!!

Rasa teringin pula nak stalk2 gambar lama... time kecik kuat nangis!! uwahhh!!! xtahu apa jak yang disedihkan tu... tgk ni... buktikan... -_-



Ini masa aku pergi melawat di rumah nenek saudara... adanya pula nenek tu nak sembunyikan aku... dia nak aku tinggal di rumahnya.. huhu...nasib xjadi di sembunyikan.. hehe... jgn fikir bukan2 ya nenek sodaraku tu sembunyi sebab dia berkenan ma aku...comel kot.. :p ..gurau...haha... 

Bila dah masuk U ni adalah sikit2 pandai bergambar dah.... dulu sekolah menengah susah sgt digmbr..lagipun kalau ditayang gmbar sekolah rendah habis gelak 1 dunia..dah gigi time tu patah senyum lebar lagi... -_- ... seluar lagi tuck in tinggi2 atas pusat... alololololo... nak try lah pakai mcm tu lagi.. haha....

hah... masuk U baru lah berjinak-jinak balik ma camera... adalah posing tu sikit2 walaupun orang kata jakun2..kih3... nak bukti?? :p


hehe... gmbr ni semasa aq first-first masuk UKM... lepas jak MMP terus keluar pergi midvalley... orang cari barang aku p jadi mcm model kedai...haha... apa2 pun setiap gambar ada cerita... (ceh!!!! trandmark yuna lagi... kah3...) Oke... sampai disini jak lah kisah gambar... penat nak menulis.. nak tido sekejap lu.... ZzzzzzzzzzzZZZzzzzzz....... 


Sikap Segelintir Sahabat....

Sedih dan terkilan apabila ada sahabat-sahabat yang suka menilai dari luaran.. Kenapa ini perlu berlaku??? 

Peringatan untuk diri 1 : Sebab Allah S.W.T masih sayangkan kita... Allah letakkan orang sebegini untuk kita belajar bersikap sabar dan tenang serta redha dengan apa yang berlaku.. Allah letakkan sahabat-sahabt sebegini mesti ada sebab yang Allah rancangkan.. Ini kerana Allah ingin kita berubah untuk menjadi lebih baik.. mungkin kita pernah bersikap begitu dengan sesetengah orang.. jadi untuk kita sedarkan diri Allah hantar orang yang sedemikian rupa bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyedarkan diri ini daripada terus lalai dengan sikap mazmumah... 

Peringatan untuk diri 2 : Sebab Allah nak mengajar kita erti sebenar kehidupan.. jadikan apa yg dilihat sebagai pengajaran.. Allahu Akhbar.!!!!

Baru aku sedar betapa kecilnya diriku ini kalau nak dibangga2 kan nak dikata bagus.. betapa hina diri ini... disini lah aku belajar untuk mengubah diri.. kalau dulu aku suka banggakan diri.... riak.... takbur.... disini lah aku belajar untuk merendahkan diri.. Ya Allah sungguh banyak dosa hambamu ini...Ampunkan lah Ya Allah... :'(

Sebab itulah aku suka menyendirikan diri ini daripada selalu bergaul dengan sesiapa.. aku takut aku lalai sekali lagi dan sikap burukku xhilang.. dengan cara ini aku dpt hindarkan daripada berbangga-bangga... Semoga Aq sentiasa mendapat keredhaanNYA... 

*Terima Kasih sahabat kerana mengajarku secara tidak langsung.... 
Terima Kasih Ya Allah... :')

Tanggungjawab Q sebagai Ketua Platun Suksis

Alhamdulillah....
Syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan nikmat kesihatan dan dapat bernafas seperti biasa...

hurm... kali ni nak p luahkan perasaan (Luah perasaan lah sgt... wekkkk!!! :p) pula kat teman pendengarku (blogQ sendiri) mengenai kehidupanku sebagai ketua platun suksis.. Tahun ni aku dah dalam tahun 2.. kalau dah tahun 2 mesti aku dalam skuad 2 juga... tpi orang xpanggil skuad 2... orang lebih suka panggil skuad intermediate.. Aq pun suka panggil nama tu...lebih gerandddd orang kata.. :p

TanggungjawabQ ni bermula apabila aq dilantik menjadi ketua platun dalam tahun satu tahun lalu.. aku pun xsangka lah juga dipilih menjadi ketua platun ni SEBAB ada ramai lagi orang yang lebih layak daripada aku.. setakat aku nak memimpin (gelak sikit... hahahaha) xlah orang kata xboleh memimpin xjuga orang kata pandai memimpin... tpiiiii..... aku rasa aku masih xlayak untuk memimpin skuad kesayanganQ ni...

Kalau nak ikutkan hati aku nak saja tarik diri or letak jawatan dalam skuad ni.. tapi... aku sayang skuadku.. banyak aku belum buat n capai hasrat kawan2 ku.. kalau aku lepaskn begitu sahaja seperti aku sudah mengalah sebelum bertanding.. xkan aku mahu tgk skuadku terumbang-ambing... ?? Xkan sesekali..... :')

Kenapa aku sampai terfikir nak letak jawatan??
 Jawapan nya dah tertera di atas.. aku masih xdapat untuk memimpin... tetapi aku sedang usahakan untuk menjadi pemimpin yang terbaik.. InsyaaAllah.. 

Bukan setakat itu sebenarnya alasan untuk ini....
Aku dah lama terasa hati dengan sikap segelintir orang...tapi mcm mana aku nak luahkan kalau aku takut untuk guris hati mereka.. aku dapat tahan diri ku dengan bagi alasan "wan, mereka xsengaja.. lupakan lah.. jgn membenci kawanmu sebab seorang yang ko benci 10 orang yang akan membencimu..." AlasanQ yang ckup lapuk tu lah yang kuatkan semangatku untuk terus berhadapan dengan mereka.. senyum gelak ketawa dihadapan mereka xkan pernah membuat mereka sedar keperitan yang aku lalui.. tapi xmengapalah sebab ini lah risiko apabila bergelar ketua.. Aq xboleh membuatkan semua orang menyukaiku tapi aku xkan biarkan mereka terkilan dengan perbuatanku... 

Semakin hampir masa berlalu semakin aku sedar nikmat dalam satu platun.. setahun setgh lagi kami bakal berpisah dan meneruskan kehidupan baru.. kenapa aku perlu korbankan perasaan pentingkan diriku untuk diriku yang belum tentu bagus.. 

Orang bertanya kenapa aku kurang tegas dah???
Bila orang bertanya sedemikian, aku akan menjawab aku xperlu tegas dengan mereka..xsemestinya dengan tegas dan marah-marah anak buahku aku dapat mengambil rasa tunduk mereka kepadaku.. Aq cuma perlu bergaul dan samakan taraf kami.. semakin aku dekat dengan mereka semakin timbul rasa keakraban kami dan secara tidak langsung rasa hormat akan timbul bukan sahaja sebagai ketua mereka tetapi sebagai sahabat yang baru dikenal setahun jagung...  :')

Selalu dalam platunQ kutuk (dalam bahasa sabah olok) bahasa dan percakapan kami.. Aq hanya berdiam dan tersenyum sahaja.. selagi ia dapat memuaskan hati mereka aq xkisah.. tapi sedihlah kepada kawan-kawanku yang dari negeriku juga.. pernah mereka mengadu kepadaku mengenai masalah ini.. tapiiiiii apakan daya aku xdapat untuk perjelaskan.. Aq harap masalah ini kurang ditimbulkan lagi sebab sedar xsedar ia akan menimbulkan jurang antara negeri... :'( .. 

Namun........... aku bersyukur kerana hatiku telah terbuka untuk masuk dalam badan beruniform suksis ini kerana disinilah aku belajar untuk perbetulkan segala kesilapan ku..disinilah aku mencari keluarga dan sahabat yang bukan 1 negeriku..dannn...disini jugalah aku belajar untuk hidup bersama-sama... (nampak sangat suka sendirian.. -_-) dan disinilah lahirnya sebuah cinta... (erkkkk.... termasuk plak lirik lagu... haish... merapu ja.. haha)

Aq harapkan skuadku dapat bertahan dengan sikapku..aku bukan jenis yang kuat marah.. tapiiii mereka terlalu fikirkan aku ni seorang yang kuat marah...mybe lihat daripada perwatakanku yang selalunya serius... serius tu sebab xda teman... kalau ada pun xmasuk mud ku... :p ... kerenah mereka lah yang membuatkan aku hepi kadang kala... bila aku ada masalah mesti ada seorang dua aku tarik untuk ceritakan masalah ku..tpi tetap juga cerita tu xhabis..ada ja dirahsiakan... hurm.... :p ..xpa setahun setgh lagi kita bersama..lepas ni kalau xnak tengok aku g xpalah... sapalah diriku ini,.. cewahh.... hahaha

Ini Gambar ketika pergi program 1 milion purple walk di putrajaya.. yang senyum lebar tu saya lah!!! hepi kan..mana ada serius... :p ... yang sebelah saya tu rakan seperjuangan dari sabah... hensem x.??? kih3... 






Thursday 28 November 2013



“Andai darah yang bercucuran dari tubuh seorang anak ketika membela keluarganya, maka hal itu belum mampu untuk membayar Keringat seorang ayah yang bercucuran demi menghidupi keluarganya.”

“Cintailah dan hormatilah ayah anda karena anda pun kelak akan menjadi seorang ayah yang ingin di perhatikan ketika rambut anda telah memutih.”



“Sebuah pepatah mengatakan, jika anda ingin masuk surga langkah pertama yang harus anda lakukan adalah dengan cara mendapatkan keridloan ibu anda dan jika anda ingin bahagia di dunia maka dapatkanlah rodlo ayah anda. dan jika anda ingin sukses dunia akhirat maka muliakanlah keduanya dan dapatkanlah keridloannya.”

“Seorang ayah rela kerja keras demi anak-anaknya, namu seorang anak kerja keras mencari uang belum tentu untuk ayah dan ibunya.”

“Ayah adalah guru terbaik dalam meberikan pelajaran tentang kehidupan.”

“Jika kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya di ibaratkan rembulan di malam hari, maka kasih sayang seorang ayah adalah mentari di pagi hari beserta kehangatannya.”

“Mampu berdiri tanpa pundak seorang ayah bukanlah kekuatan yang pantas untuk di banggakan, jika kita belum bisa membuat mereka tersenyum bahagia melihat apa yang kita lakukan dan kita berikan kepadanya.”

“Untuk membuktikan rasa cinta terhadap mereka (ortu) bukanlah dengan sebatas memberi, namun buktikanlah perasaan cinta anda terhadap sang ayah dan sang ibu dengan cara menghormati, menghargai, dan menjaga perasaan mereka dari rasa sakit hati.”

“Kasih sayang yang sangat indah adalah kasih sayang seorang ibu dan perjuangan yang sangat istimewa adalah perjuangan dan pengorbanan seorang ayah demi menghidupi keluarganya.”

“Disaat teman, pacar, dan kejamnya dunia melukaimu, maka kasih sayang seorang ibu akan semakin bertambah dan perjuangan seorang ayah untuk menjadikanmu di akui oleh dunia semakin tangguh.”

Muliakanlah ibu dan ayahmu dengan sepenuh hati, maka para penghuni bumi dan langit akan memuliakanmu dan menjaga mu dari setiap ayunan langkah kakimu.”

Thursday 18 July 2013

PerNahkah Kita Terfikir..??





Assalamualaikum sahabat setia serta pembaca blog yang dihormati dan dikasihi..
apa khabar iman kita hari ini. semoga semuanya bertambah baik dari semalam. insya-Allah..

Insya-Allah kali ini ana ingin berkongsi masa dengan sahabat semua untuk berfikir sejenak bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang.. adakah ia sebaik yang kita sangka atau mungkin sebaliknya (na'uzubillah)..

pernahkah kita semua terfikir apa yang akan terjadi sekiranya saat kematian/ajal kita tiba setelah kita melelapkan mata untuk tidur. kita tidak mampu lagi bergerak, bangun malah tidak sesekali mampu mencelik mata untuk melihat cahaya indah di bumi ALLAH S.W.T ini..

Pernahkah kita pernah terfikir perkara seperti ini..
  • siapa yang akan mengurus jenazah kita nanti
  • adakah sahabat-sahabat kita yang ramai di FB, TWITTER, WHATAPP dan lain-lain akan menziarah jenazah kita nanti
  • adakah sahabat kita akan sedekah surah Al-Fatihah buat diri kita
  • adakah cukup amalan serta ibadah kita selama ini untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T
  • adakah kematian kita mendapat redha dari ibu bapa kita..??
  • dan adakah KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN SEMPAT BERTAUBAT ATAU sebaliknya (na'uzubillah)
Sebuah percaturan dunia yang amat sukar kita tafsirkan.. Diri kita perlu sebuah pengorbanan dan istiqamah yang tinggi dalam mengorak langkah yang lebih baik demi masa depan yang sejahtera.. Hargailah sahabat yang berada disekeliling dan hormati setiap makhluk yang berada didalam dunia ini..
Teruskan perjuangan dalam membina sebuah kekuatan dalam ISLAM agar ia terus mekar dan berkibar megah.

*maaf andai ada salah silap selama mengendali blog ini.. jika malam ini malam terakhir, berniatlah agar kita dapat berjumpa di syurga kelak.. insya-Allah.

Sunday 21 April 2013

seperti lama sudah aku tidak masuk halaman hidupku yang kedua ini.. kan?kan?kan? hehe... apa yang aku nak ceritakan ya? fikir sejenak lu..amboi.. :p.. 
Hurmm..lau cerita mengenai hidupku di sem 2 ni..aku rasa banyak yang manis dan banyak juga yang pahit yang berlaku dalam hidupku. tpi jika difikir2 balik.. mcm yang pahit g banyak..huhu... dimana aku rasa aku tertipu dengan seseorang.. aku xpernah rasa sakit sebegini tpi inilah lumrah kehidupan bila mahu mencuba mendekati racun. memang kita akan terkena dengan kesannya lah. tapi pengalaman yang berlaku ini telah menjadikan aku lebih matang..lebih berfikiran positif dan lebih terbuka.. :'(
aku tidak tahu mahu cakap apa lagi.. aku hanya boleh berbicara tentang hal dunia secara sedikit sahaja..sebab aku susah nak kembang n luahkan dengan orang..huhu.. apa2 pun aku kena kuat hadapi apa yang sudah berlaku..ingat setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik nya..