Tuesday, 3 December 2013

Sikap Segelintir Sahabat....

Sedih dan terkilan apabila ada sahabat-sahabat yang suka menilai dari luaran.. Kenapa ini perlu berlaku??? 

Peringatan untuk diri 1 : Sebab Allah S.W.T masih sayangkan kita... Allah letakkan orang sebegini untuk kita belajar bersikap sabar dan tenang serta redha dengan apa yang berlaku.. Allah letakkan sahabat-sahabt sebegini mesti ada sebab yang Allah rancangkan.. Ini kerana Allah ingin kita berubah untuk menjadi lebih baik.. mungkin kita pernah bersikap begitu dengan sesetengah orang.. jadi untuk kita sedarkan diri Allah hantar orang yang sedemikian rupa bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menyedarkan diri ini daripada terus lalai dengan sikap mazmumah... 

Peringatan untuk diri 2 : Sebab Allah nak mengajar kita erti sebenar kehidupan.. jadikan apa yg dilihat sebagai pengajaran.. Allahu Akhbar.!!!!

Baru aku sedar betapa kecilnya diriku ini kalau nak dibangga2 kan nak dikata bagus.. betapa hina diri ini... disini lah aku belajar untuk mengubah diri.. kalau dulu aku suka banggakan diri.... riak.... takbur.... disini lah aku belajar untuk merendahkan diri.. Ya Allah sungguh banyak dosa hambamu ini...Ampunkan lah Ya Allah... :'(

Sebab itulah aku suka menyendirikan diri ini daripada selalu bergaul dengan sesiapa.. aku takut aku lalai sekali lagi dan sikap burukku xhilang.. dengan cara ini aku dpt hindarkan daripada berbangga-bangga... Semoga Aq sentiasa mendapat keredhaanNYA... 

*Terima Kasih sahabat kerana mengajarku secara tidak langsung.... 
Terima Kasih Ya Allah... :')

No comments:

Post a Comment