Tugasan Reruang 3 Temuramah


Assigment 3 (Temuramah)
Mohd Sazwan Bin Ahmad
A141811




Nama          :  Salbiah  binti Mohamad
Umur           :  55 Tahun
Pekerjaan  :   Surirumah
Alamat        :  Lot 3154, Batu 15, Kampung Paya Jaras Dalam
                        Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

1)      Ermmm... kedai dan sekolah semua tutup


2)      Ermmm.. perintah berkurung tu..


3)      Ermmm.. polis,askar-askar semua ada di merata-rata tempatlah dekat KL dalam satu pecan tu mesti ada dorang jaga tempat itu.


4)      Takut nanti ada pergaduhan


5)      Pergaduhan tu berpanjanganlah. Mereka berkumpul,berarak lepastu disepanjang jalan. Ermmm.. ada yang (heheh...) mengeluarkan kata-kata yang tidak okelah macam anti perkaumanlah.


6)      Semualah cahaya apa tu bakar,bila dorang bakar rumah-rumah tepi-tepi jalan itu,api keliling kawasan kita itu,api keluar.


7)      Apa tu, tak tenang keluarlah 24 jam tu hah... mcm mati-mati kita macam di...... di...... distop di berhentikan kita mau bebas ke mana-mana tu.


8)      Ancaman dari semua kaumlah


9)      Habis tu apa... ni.... rumah-rumah banyak terbakar,orang pun banyak juga terkorban tapi kerajaan tiada cakap apa-apalah. Takut orang lebih takutkan.


10)   Macam tak sangkalah di KL jadi macam tu. Dulukan elok,tenang,sekolah-sekolah semua tutup. Apa..jabatan-jabatan kerajaan semua orang kalau keluar itu kalau jam12 tu dah disuruh pulang semua.


11)   Kalau biasa tu 24jam kita boleh pergi kemana-mana lagi. Apa ni.... apa... kita rasa terganggulah keluar sebab takut ada pergaduhan lagi.


12)   Bakar sana bakar sini, keliling kawasan kitala. Perarakan oleh macam-macam perkaumanlah ada bersilat ada berlilit merah semua dipakai.


13)   Orang islam pun... Ermmmm.. pakai kat badanlah.


14)   Itu tanggal 13 mei lah..


15)   Hah dia 13 mei, semua orang takut sebab anti perkauman jadi kerajaan ini dah tak nak pasal bergaduh inilah, dalam 1 negarakan semua anti perkauman lagi.


16)   Ada bakar-bakar, jadi macam suasana tu menakutkan rakyat lah.


17)   Hah! Kita rasa takut, kita mahu keluar pun takut juga sepanjang masa. Sebab pergaduhan tu menakutkan semua oranglah.


18)   Ada yang kena tembak, ada yang keluar tu... arrrr... mang takutlah. Banyak askar dari sabah dan Sarawak  ada datang yang pakai tembak.


19)   Ada saudara kenalan datuk pun kena tembak. Masih bujang lagi. Perintah larangan sudah ditutup dia keluar, hah dia kena tembak masa tu dia masih bujang lagi.


20)   Hah itulah... Mak Long rasa macam tidak tenanglah, macam kita rasa macam mahu keluarpun macam rasa tidak bebas.


21)   Hah... takut kita ada senjata api ada yang gunakan parang.


22)   Hah... bakar sana bakar sini semua asap di sekeliling.


23)   Tengok api, apa.... begitulah kawasan di KL  tu, semua jadi kelam kabut.


24)   Perintah berkurung tu memang ada dia tetapkan sampai dia oke..


25)   Dia rasa... xde.... macam pergaduhan lagi. Memang polis di sana sinilah, macam rusuhan itu di KL masa tu..


26)   Kita rasa macam apa ni.. tak pernah terjadi tapi dah terjadi tu dia macam kita rasa bimbang saja mahu keluar rumah, bimbang mahu jalan, bimbang mahu cepat pulang.


27)   Kita rasa tak bebaslah... hah... dorang buat rusuhan, berkumpul untuk rusuhan.


28)   Polis di merata-rata kawasan. Takut terjadkan...dorang kerahkan semua orang masuk rumah.


29)   Kadang-kadang kerajaan pun mahu hapuskan rusuhan yang berlaku.


30)   Sudah wujud sampai 300 tahun daripada datuk nenek moyang masa Kuala Lumpur kampung tu dibukalah.


31)   KL dibuka kampung tu wujud. Orang-orang kita yang buka.


32)   Kalau tanah-tanah tu di tanah bukit… bukit kepong kira kakilah. Macam mana kalau mereka mahu bayar balik pada tuan punya tanah tu…. Hah…


33)   Mak long rasa tak pernah lagilah terjadi.


34)   Memang… errrmm.. menjejaskan. Hah.. jadi kita rasa ketakutan.


35)   Kita rasa tak bebas kita tengok orang berkumpul jak kita rasa ketakutan.


36)   Ke sana ke mari pun kita rasa tak bebas. Sebab takut bergaduhkan. Kan…


37)   Memang rasa… errrmmm… memang rasa yang macam bersih itulah. Jadi.. jadi kita boleh samakan. Keganasannya.


38)   Keganasan itu tak da inikan. Hanya membakar.itu hanya rosakkan harta benda awam.


39)   Ni yang mati semua tu masa kejadian 13 mei memang sangat menakutkanlah. Yang malam orang rasa ketakutan. Makanan pun dicatu.


40)   Kita pun jam10 kita tak boleh keluar rumah lagi. Tak bebas lagi keluar. Ke sana kemarikan..


41)   Kesannya lama, errrmmm… lama juga baru membangunan balik. Memang tak eloklah kalau buat kalau begitu.


42)    Memang banyaklah kesan, Negara kita semua rakyatnya tidak oke.


43)    Memang rasa kesannya teruklah.


44)   Dari segi mental dan fizikal memang tidak okelah.


45)    Banyak sekolah-sekolah juga ditutup, kan jadi memang sangat merugikan lah

No comments:

Post a Comment