Nama : Mohd Sazwan bin Ahmad
No.Matrik : A141811
Tajuk Kursus : Reruang dan Pembangunan
Kod Kursus : SKAD1273
Tajuk Tugasan : The Images Of The City
Setiap tempat atau kawasan akan mempunyai kelainan yang tersendiri samada dari segi aspek ataupun kedudukan. Oleh itu, untuk mengambarkan sesuatu kawasan,setiap aspek perlu dititik beratkan supaya pembangunan yang dirancang dapat dilakukan dengan berkesan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan dalam sesuatu tempat ialah Laluan, Pinggiran, Daerah, Nod dan Mercutanda.
Secara khususnya,saya telah membuat kajian iaitu tempat kelahiran saya sendiri yang dikenali sebagai Kampung Sungai Gading,Tawau,Sabah kerana kajian saya adalah yang bersifat mikro dimana saya lebih memperincikan mengenai kampung saya dan ada sedikit saya masukkan daerah tawau secara umumnya. Dalam kajian ini, saya telah menekankan mengenai lima aspek yang dinyatakan diatas bagi menjelaskan lagi mengenai pembangunan di tempat kajian saya. Aspek yang pertama iaitu dari segi daerah. Kampung Gading terletaknya di daerah Tawau yang mana daerah tawau terletak dibahagian hujung tenggara peta sabah. Kampung ini bukanlah kampung yang terpencil kerana terdapat banyak kampung berdekat dengan kampung ini seperti Kampung Sungai Apas, Kampung Wakuba, Kampung Jawa dan Kampung Juragan. Bagi kampung gading, pemisah kampung ini ialah simpang jalan dan kolam penternakan udang. Tempat-tempat inilah yang akan memisahkan kampung ini dengan kampung wakuba dan sungai apas.
Aspek kedua pula iaitu pinggiran. Pinggiran merupakan kawasan yang terletak dihujung-hujung kawasan tertentu di Kampung Gading. Salah satu pinggiran kampung gading ialah kawasan pinggir pantai yang juga merupakan pelabuhan bot-bot nelayan yang pulang dari laut. Pinggiran ini juga dijadikan tempat memancing kerana terdapat pelbagai ikan dikawasan tersebut.
Selain itu, terdapat sebuah mercutanda yang dijadikan sebagai simbol atau lambang untuk menunjukkan Kampung Gading dan daerah Tawau iaitu masjid besar tawau yang dinamakan Masjid Al-Khausar. Masjid ini berperanan sebagai rumah ibadat yang utama bagi masyarakat islam tawau. Selain masjid, terdapat juga sebuah pasar besar yang menyediakan pelbagai barangan makanan dan keperluan kepada semua orang. Pasar ini mempunyai keunikan tersendiri kerana barang yang dijual bukan sahaja dari buatan Malaysia tetapi daripada buatan Indonesia juga. Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika tempat ini dijadikan tempat kunjungan masyarakat Tawau dan masyarakat dari tempat-tempat lain.
Laluan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian ini ialah jalan raya apas balung. Jalan ini merupakan jalan raya yang utama untuk ke Bandar tawau daripada kampung gading atau kampung lain. Sepanjang kampung ini,terdapat pelbagai simpang untuk ke kampung lain. Disamping itu juga, banyak kilang-kilang dibina di sepanjang jalan ini seperti kilang bata dan kilang udang. Disebabkan jalan ini merupakan laluan utama ke Bandar tawau, jalan ini tidak akan sunyi daripada bunyi kenderaan yang menggunakan jalan ini.
Pinggir Pantai Tawau |
Masjid Besar Tawau |
Pasar Besar Tawau |
Pinggir Bandar Tawau |
Stesen Bas Tawau |
Peta Sabah |
Tempat Pelabuhan Bot Nelayan |
Kawasan Fajar Tawau |
Laluan Ke Bandar Tawau |
Laluan Pinggir Pantai Tawau |
No comments:
Post a Comment