apa khabar iman kita hari ini. semoga semuanya bertambah baik dari semalam.
insya-Allah..
Insya-Allah kali ini ana ingin berkongsi masa dengan sahabat semua untuk
berfikir sejenak bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang.. adakah ia
sebaik yang kita sangka atau mungkin sebaliknya (na'uzubillah)..
pernahkah kita semua terfikir apa yang akan terjadi sekiranya saat
kematian/ajal kita tiba setelah kita melelapkan mata untuk tidur. kita
tidak mampu lagi bergerak, bangun malah tidak sesekali mampu
mencelik mata untuk melihat cahaya indah di bumi ALLAH S.W.T ini..
- siapa
yang akan mengurus jenazah kita nanti
- adakah
sahabat-sahabat kita yang ramai di FB, TWITTER, WHATAPP dan lain-lain akan
menziarah jenazah kita nanti
- adakah
sahabat kita akan sedekah surah Al-Fatihah buat diri kita
- adakah
cukup amalan serta ibadah kita selama ini untuk bertemu dengan ALLAH S.W.T
- adakah
kematian kita mendapat redha dari ibu bapa kita..??
- dan
adakah KEMATIAN KITA DALAM KEADAAN SEMPAT BERTAUBAT ATAU sebaliknya
(na'uzubillah)
Sebuah percaturan dunia yang amat sukar kita tafsirkan..
Diri kita perlu sebuah pengorbanan dan istiqamah yang tinggi dalam mengorak
langkah yang lebih baik demi masa depan yang sejahtera.. Hargailah sahabat yang
berada disekeliling dan hormati setiap makhluk yang berada didalam dunia ini..
Teruskan perjuangan dalam membina sebuah kekuatan dalam
ISLAM agar ia terus mekar dan berkibar megah.
*maaf andai ada salah silap selama mengendali blog ini..
jika malam ini malam terakhir, berniatlah agar kita dapat berjumpa di syurga
kelak.. insya-Allah.